Ahad, 8 April 2012

kosong...

kosong..jiwa kosong berada jauh dari suami yang amat2ku cintai...sayang..bilekah dapat kte bersama melalui liku2 kehidupan sebagai pasang suami isteri yang sebenar...ayang terlalu merinduimu...rindu setengah mati...

Isnin, 2 April 2012

happy birthday..SAYANG @ PAPA...NGAGAH...


26 TAHUN & 2 TAHUN
HAPPY BIRTHDAY TO PAPA (09.03.1986 - 26 TAHUN) & NGAGAH (15.03.2010 - 2 TAHUN)

 

ber 'BLOG'...

sudah lama x berblog..x menulis...emm...terlalu sibuk dengan tugasan seorg JURUTEKNIK, seorg ISTERI, seorg ANAK, seorg RAKAN, seorg SAHABAT,...semua memerlukan masa yang banyak untuk melakukan tugas...hahaha...

Khamis, 19 Januari 2012

BEST WEEDING PROPOSAL EVER!!!

tapi bagaimana...

Amalan Romantik Suami Isteri

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja  masing-masing.
2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.
9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.
10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
19. Setiap pagi berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman, dan  malam  bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama.Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya sahaja!
20. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

copy FROM  http://kurakura.my/amalan-romantik-suami-isteri-2/

Rabu, 18 Januari 2012

50 Langkah Bestari Suami Mithali


1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.
2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah. 




5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?
6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.
12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil ?
14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.
15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.
16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera
17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?
20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.
25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang.
Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.
26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.
27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.
29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.
31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.
32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.
33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.
34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?
35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.
36 Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.
37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.
38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.
39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.
40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.
41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.
42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.
43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.
44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.
45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.
46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.
47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.
48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.
49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.
50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riaadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.
copy from http://feryco.com/50-langkah-bestari-suami-mithali

Selasa, 17 Januari 2012

UMIEloveMIERUL

SITI NURHALIZA

KISAH KEHIDUPAN SITI NURHALIZA
DARI GADIS BIASA MENJADI SEORG 'DATUK' YANG DIHORMATI
DAN 
SENTIASA MENGHARUMKAN NAMA 'MALAYSIA' 
DI PERSADA DUNIA

KEHORMATAN...

tersentuh mendengar LUAHAN RASA
https://www.facebook.com/notes/wardina-safiyyah-officialpage/trauma/266430563421046
pasal....
“Jangan sentuh dia, dia tak ada tudung” 
MasyaAllah, begitulah suami saya menjaga kehormatan saya. 
Dalam saat ini pun dia tidak mahu sesiapa pun melihat ‘hak’nya. 
Saya amat berbesar hati ketika itu. 
Pelihara aib orang lain supaya aib anda dan keluarga juga dijaga. 
Percayalah janji Allah itu benar, ini bukan janji manusia...

Surah Al-Falaq
“Katakanlah wahai Muhammad “Aku berlindung kepada Allah Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. Dari bencana makhluk-makhluk yang ia diciptakan. Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk. Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan. Dan kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya.”
(Quran, Al-Falaq:1-5)


obsesiku...

Isnin, 16 Januari 2012

kes BUNUH...

di BUKIT BETONG, seorg isteri ditemui mati di bunuh dan di kelar di dalam rumah sendiri...MULA2 igtkn org indonesia yg bunuh, last2 bru dpat thu SUAMI nye yg membunuh kerana ISTERI nye telah curag selama dlam tempoh perkawinan mereka iaitu 6 bulan...bru 6 bulan...suami telah lama mengesyaki ISTERI nye bermain kayu tiga dengan bekas kekasih di rumah mereka, pada hari kejadian si SUAMI tidak pergi kerja dan menyorok untuk menyiasat, memang SAH, isterinye telah CURANG dan berani bermadu asmara di rumah mereka, akibat x dapat menahan SABAR, si SUAMI pergi menyerang dan berlaku pergelutan, akibatnya si ISTERI terbunuh dan skandalnye telah melarikan diri, si SUAMI telah ditangkap polis....salah SIAPA?...
YA ALLAH...hindarkan lah segala keburukan dalam kehidupan kami SUAMI ISTERI....AMIN....jadikan iktibar...permudahkan la AKU untuk dapat tukar di KUANTAN agar aku akan menjadi seorang ISTERI yg dapat menjalankan tugas-tugasku....aku aku cube sedaya upaya....

Jumaat, 13 Januari 2012

SARA 1MALAYSIA

pelaburan RM5,000
pendapatan RM134 sebulan
selama 5 TAHUN
pendapatan RM5,000 hingga RM13,000

pelaburan RM5,000 (pinjaman)
pembayaran balik RM84 sebulan dan untung RM50 sebulan
selama 5 TAHUN
pendapatan RM5,000 hingga RM13,000

  • BANK YG TERLIBAT - Maybank, CIMB Bank, RHB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • khusus untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah
  • akan dibuka untuk permohonan mulai 30 Januari
pengiraan sendiri RM134x12bulanx5tahun =  RM8040 (UNTUNG BERSIH)
                                                                 = RM13040  (+ pelaburan RM5000)


pengiraan sendiri RM84(modal),(RM50untung),RM34(kne bayar)
jadi, RM34x12bulanx5tahun =  RM2040 (modal)
        RM50x12bulanx5tahun =  RM3000 (UNTUNG BERSIH) 

UNTUNG ADA MODAL SENDIRI LA.... 
TAPI BEZA SIKIT SGT LA...banyak la....
(RM8040-RM3000=RM5040)

Doa Khusus Elak Dirogol Dan Dicabul

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)


DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM
Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim” ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

copy dari blog  http://www.gilerkentang.com/penting-doa-khusus-elak-dirogol-dan-dicabul/

salam....

selamt hari JUMAAT...
semoga hari nie memberi KEBAHAGIAAN yg byk2..
syg 
PAPA

Khamis, 12 Januari 2012

di LEPEH..

bersama-sama
ADIBAH 
di
FLAT TEMPOYANG
selamanya.....

unit jAlan JKR lipis

JJ
+
TA
+
EN. NASIR + EN. WAN + EN. DIN + EN. ATAN + EN. SHARID + PN. UMIE (aku la tue)+ EN. FAIRUZ 
+
EN. AMRAN + EN. KAMARUL 
=
TERBAIK!!!!!!!!

faMily 2012

en. aLi + pn. zaiNab
  •  pn. aZlina + (en. Zaini) = aLong 'n' kasEh  
  •   en. aZli  + (pn. takZiah) = raYyan
  •   pn. aZlinda + (en. mIzi) = Zarra
  • uMiE kalsoM + (en. mAt) = kakAk 'n' ngAgaH
  • uMie saLmaH (aku la) + (en. aMirul) = ? (tgh usaha)
  •  sIti haJar

K.U.L.A

kuYah
+
uMiE
+
laT
+
aINa




CANTIK....

gambar time KAWIN
cantik x?
leh x nk cantik mcm TIME nie?


GAMBAR KAWIN.....

cantik x time 2?

leh x cantik2 lagi mcm TIME 2?

wajah baru...

akhirnye..blog baru...Tq to 'FAIRUZ'....

read...


sedih...

apa yg aku cari dlm hidup nie?...pe yek?...

PROJEK...

tugas sebagai penjawat awam memang byk masalah, tekanan kerja, rakan sekerja, bos, mcm2 lagi la...xthu la cmne nk cter kt cne....aku ditugaskan membantu dalam 1 projek, tp bila g site, aku x di ajak...xpe2...nanti aku nk wt sebagai pembantu je, aku x nk ambik kisah dh, wt xthu je, wt biasa je, biar tanggungjawab ketua coz aku nie pembantu je,,,huhu....pas 2 la, kes GIS, tiba2 nama aku ada dlm senarai, tp aku x kisah la coz SYMP....tp dh la x d ajar pe2 terus nk aku wt je...emm...nasib...memang la aku dh g kursus 2 sebanyak 2 kali lagi, tp wt kne buat bkn main byk lagi,..emm..biar la...GOV nie nampak je best tp keje susah..nasib la...semoga aku REDHA dengan semua...